EHSAN Victoria
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Puasa sebagai upaya mendekati Allah

Go down

Puasa sebagai upaya mendekati Allah Empty Puasa sebagai upaya mendekati Allah

Post by Razak Sat Aug 30, 2008 3:57 pm

Sambungan..

Puasa Sebagai Upaya Mendekati Allah

Antara sifat-sifat ketuhanan adalah tidak memerlukan makanan, minuman dan kelazatan-kelazatan jasmaniah, walaupun Tuhanlah yang memberi makan, minum dan segala-galanya kepada ciptaanNya. Dengan kata lain, salah satu daripada Nama-Nama Allah adalah al-Samad, yakni, hanya Dia sanya yang Mahakekal lagi diperlukan dan tiadalah Dia memerlukan yang lain. Dalam Lisan al-`Arab susunan ibn Manzur, ada dinukilkan makna al-samad sebagai ‘seorang yang tidak makan.’ Bahkan, di kalangan orang-orang Arab, al-samad turut digunakan untuk merujuk kepada lelaki yang berketahanan luar biasa, tiada dahaga dan lapar dalam peperangan yang berlarutan(4).

Sehubungan hal ini, Imam ‘Abd al-Wahhăb al-Sha’rani menjelaskan dalam karyanya al-Fath al-Mubin fi Jumlah min Asrar al-Din bahawa satu daripada sifat-sifat ketuhanan adalah memberi makan dan sekaligus tidak memerlukan makanan. Dalam Hadis Qudsi di atas, puasa itu dinisbahkan kepada diriNya kerana sememangnya tiada suatupun yang selayaknya bersifat dengannya secara yang mutlak melainkan Allah, bahkan Mahasuci Dia daripada berkehendakkan segala macam keperluan dan syahwat. Menurut beliau lagi, Allah menyeru para hambaNya agar bersifat dengan sifat-sifatNya dalam pengabdian mereka kepadaNya mengikut kadar kemampuan masing-masing.

‘Puasa’ adalah sifatNya yang paling sukar lagi berat untuk dihayati manusia kerana Ia bertentangan dengan kecenderungan semulajadi mereka yang sememangnya bergantung kepada materi untuk terus hidup, berlawanan dengan Wujudnya Tuhan yang tidak memerlukan apa-apa.(5) Ringkasnya, ketika berpuasa manusia seakan-akan berakhlak dengan Nama Tuhan al-Samad, selari dengan seruan nabi, ‘Berakhlaklah kalian dengan Akhlak-Akhlak Tuhan [yang dibenarkan]’ (takhallaqu bi Akhlaq Allah.(6) Semakin kerap manusia itu menghayati Nama-Nama Tuhan yang indah belaka itu, semakin intimlah ia dari segi nilai dirinya dengan Penciptanya.


bersambung..
Razak
Razak

Posts : 13
Join date : 2008-08-29

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum