EHSAN Victoria
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perkara membatalkan puasa

3 posters

Go down

Perkara membatalkan puasa Empty Perkara membatalkan puasa

Post by Razak Fri Aug 29, 2008 4:15 pm

Utusan Malaysia, Bicara Agama, 29.8.2008

FIRMAN Allah: Wahai orang yang beriman, difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas umat terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)

Beberapa hari saja lagi, umat Islam akan menyambut bulan Ramadan yang di dalamnya terkandung satu lagi rukun Islam iaitu berpuasa.

Sehubungan itu, berikut disertakan beberapa panduan ringkas sebagai memperingati amalan berpuasa.

Syarat wajib puasa ada empat iaitu Islam, baligh, berakal dan suci daripada haid dan nifas.

Rukun puasa pula adalah berniat pada waktu malam iaitu sebelum terbit fajar dan menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari.

Oleh yang demikian, hendaklah kita berusaha memperbaiki dan menjaga puasa kita sepanjang bulan Ramadan.

Hayatilah sabda Rasulullah SAW: Apabila tiba bulan Ramadan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan (daripada merasuk mangsanya). (riwayat Muslim)
Razak
Razak

Posts : 13
Join date : 2008-08-29

Back to top Go down

Perkara membatalkan puasa Empty Re: Perkara membatalkan puasa

Post by tok_katik Fri Aug 29, 2008 6:08 pm

Assalamualaikum... adakah berenang dalam kolam pada siang hari di bulan Ramadhan boleh membatalka puasa? Question Apa kata para ulama?
tok_katik
tok_katik
Admin

Posts : 21
Join date : 2008-08-29
Location : Melbourne CBD

Back to top Go down

Perkara membatalkan puasa Empty Re: Perkara membatalkan puasa

Post by dania Sat Aug 30, 2008 12:20 pm

Wa'alaikumussalam wrt..

Sekadar membantu setakat ilmu yg diperoleh dari Risalah Momentum edisi 2; terbitan Institut al Imam as Syafie..

--Anda tidak perlu risau tk berendam di dlm kolam sepanjang waktu siang ketika ramadhan kerana ia tidak makruh dan tidak membatalkan puasa. Menurut riwayat seorang sahabat Rasululullah S.A.W.,"Aku melihat Rasulullal S.A.W mencurahkan air ke atas kepalanya ketika Baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan"(riwayat Abu Daud 2365:disahihkan oleh al -Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud)--

Artikel penuh di sini: http://the-authenthic.blogspot.com/2008/08/jom-download-risalah-ramadhan.html

Wallahua'lam

dania

Posts : 11
Join date : 2008-08-28

Back to top Go down

Perkara membatalkan puasa Empty Re: Perkara membatalkan puasa

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum